Wednesday, 7 March 2012

CERITA

* ISLAM ITU INDAH

ISLAM ITU INDAH

Islam itu memang indah....kita sebagai umat islam yang diberikan kenikmatan hidup sebagai
 anak Adam& Hawa hargailah keistimewaan yang telah Allah S.W.T berikan..
Sebagai hambanya kita sepatutnya bersyukur sangat2 atas nikmat ini dan sebagai tanda 
kita bersyukur sama2 lah kita berdoa,berselawat,berzikir keatas junjungan 
Nabi Muhammad s.A.w...

GANJARAN SOLAT SUBUH

Waktu Subuh adalah Waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan
 Allah SWT adalah waktu subuh.Oleh itu janganlah kita malas  bangun
pagi untuk solat subuh yang hanya mengambil masa tak sampai 5minit pun  
2 rakaat waktu subuh itu. 

Allah SWT berfirman maksudnya:


“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang

 menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, 

dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana 

mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya 
sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, 
serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.
” (Surah al-Kahfi, ayat 28)



RASULULLAH SAW bersabda maksudnya:

“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. 
Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain 
daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti 
kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)

Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.
Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.
Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.
Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.
Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:
“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” 
(Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah) 


Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.


Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.islam-itu-indah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

OrdeR ForM

NAME:
HOME @ OFFICE ADDRESS:
HANPONE NO.
EMAIL ADDRESS:
PRODUCT CODE @ ITEM(S):
PYJAMAS LONG SLEEVE
PYJAMAS SHORT SLEEVE
PRODUCT: COKLAT KISMIS DOA PYJAMAS COTTON VISCOSE 3.5M COTTON RAMA2 FC Bio Sanitary Pad
POS LAJU KE
ANDA SANGGUP TUNGGU REPLY DARI ZIE
JIKA KOD YG SY NAK TIADA SY PILIH:
CARA PEMBAYARAN : MAYBANK CIMB WESTERN UNION 50% DEPOSIT FOR BOOKING ITEM/PRE ORDER
JENIS BELIAN RUNCIT BORONG
Copy paste our payment detail Here :
BILA NAK BUAT PAYMENT: SATU JAM SELEPAS SY REPLY! BAYAR DALAM MASA 24 JAM BAYAR DALAM MASA 2 HARI BAYAR DALAM MASA 3 HARI BOOKED 24JAM
TEMPOH PEMBAYARAN:
COMMENT:

For PRE-ORDER items,

50% deposit is required upon confirmation before the dateline.

This HTML form was created by Freedback.