gambar hiasan
Ingatlah bahasa yang baik datang dari orang yang baik... Tetapi jika bahasa kasar, kesat dan kotor itu petanda jiwa yang kotor... Bahasa dan kata sangat besar kesannya dalam hidup berumah tangga... Diceritakan dalam kitab-kitab tradisional bahawa bahasa si isteri apabila berkomunikasi dengan suaminya hendaklah menggunakan bahasa yang baik... Masih ingat apa pesanan Allah swt kepada Nabi Musa a.s. ketika baginda diperintahkan bertemu dengan firaun?
Firman Allah yang bermaksud: “Dan berkata-katalah kepadanya (firaun) dengan lembut dan baik. Semoga dia mendapat peringatan.” (Surah Taha 20: 44)