Monday, 12 March 2012

Sungguh Kejam

Hari ni kita semua digemparkan dengan berita kematian seorang budak  berusia 5tahun.

Untuk pengetahuan semua,Polis hari ini mengesahkan mayat rentung yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Pasir Gudang di sini adalah Nurul Nadirah Abdullah, 5, kanak-kanak yang hilang dari rumah sejak 1 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu berdasarkan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dibuat ke atas mayat rentung yang ditemui sebelum ini.

Menurut polis, mayat rentung tersebut ditemui pada 8 Mac lalu...
Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya,” katanya seperti yang dipetik daripada Bernama.
Menurutnya, walaupun siasatan awal mendapati mayat rentung itu milik manusia dewasa, namun hasil dari ujian DNA yang dikeluarkan itu mendapati ia adalah milik Dirang yang dilaporkan hilang sejak 1 Mac lalu..
Katanya, faktor keadaan mayat yang rentung teruk juga menyebabkan pengecaman sukar dilakukan oleh pihaknya.
Perkembangan terbaru itu sekaligus menamatkan misteri kehilangan Nurul Nadhirah yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.


Berikutan itu satu pasukan siasatan khas telah ditubuhkan dengan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Amer Awal dan dibantu pasukan dari Bukit Aman bagi menyelesaikan kes itu.
Kes itu turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk pihak swasta dan orang perseorang yang turut sama membantu mencari dengan mengedarkan poster mengenai kehilangan mangsa. Hasil siasatan sebelum ini, katanya polis telah menahan empat suspek termasuk bapa kandung mangsa dan jirannya bagi membantu siasatan berhubung kehilangan kanak-kanak itu.


Roslan berkata, berikutan hasil ujian itu, polis kini menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.
Menurutnya, tempoh tahanan reman keempat-empat suspek akan dilanjutkan bagi membantu siasatan.

Alfatihah buat adik nurul nadirah

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

OrdeR ForM

NAME:
HOME @ OFFICE ADDRESS:
HANPONE NO.
EMAIL ADDRESS:
PRODUCT CODE @ ITEM(S):
PYJAMAS LONG SLEEVE
PYJAMAS SHORT SLEEVE
PRODUCT: COKLAT KISMIS DOA PYJAMAS COTTON VISCOSE 3.5M COTTON RAMA2 FC Bio Sanitary Pad
POS LAJU KE
ANDA SANGGUP TUNGGU REPLY DARI ZIE
JIKA KOD YG SY NAK TIADA SY PILIH:
CARA PEMBAYARAN : MAYBANK CIMB WESTERN UNION 50% DEPOSIT FOR BOOKING ITEM/PRE ORDER
JENIS BELIAN RUNCIT BORONG
Copy paste our payment detail Here :
BILA NAK BUAT PAYMENT: SATU JAM SELEPAS SY REPLY! BAYAR DALAM MASA 24 JAM BAYAR DALAM MASA 2 HARI BAYAR DALAM MASA 3 HARI BOOKED 24JAM
TEMPOH PEMBAYARAN:
COMMENT:

For PRE-ORDER items,

50% deposit is required upon confirmation before the dateline.

This HTML form was created by Freedback.